Hebat betul promosi Kedai 1 Malaysia. Pagi tadi melalui program Selamat Pagi Malaysia pun ada slot khas "interview"tetamu khas mempromosikan Kedai 1 Malaysia ni. Dengan kos sara hidup yang menggila meningkat sekarang ni, sudah tentulah orang ramai akan berpusu-pusu menyerbu tempat-tempat yang menjual barangan berharga murah sebegini. Aku pun saja-saja mengajak suamiku untuk meninjau ke Kedai 1 Malaysia di stesen LRT Kelana Jaya petang tadi. Jalan nak masuk ke stesen LRT pun sesak, yang kami percaya gara-gara orangramai nak menyerbu membeli-belah di Kedai 1 Malaysia tersebut. Dari tingkat 2 stesen LRT tersebut, kami dah boleh nampak kesesakan trafik manusia di dalam kedai tersebut. Kami masuk dan memang sesak dengan orangramai, barang-barang berjenama 1 Malaysia tersusun di rak-rak dan kebanyakannya dah hampir habis. Pekerja stor terpaksa mencelah di kalangan orangramai yang terlalu sesak di dalam stor tersebut. Bayangkan...kedai (stor) sebesar 7-11, orangramai bersesak-sesak di dalamnya....barisan ("queue") nak membayar berlengkar macam ular kena palu....tak silapnya hanya 2 kaunter juruwang yang beroperasi ketika itu.
Secara peribadi memang aku setuju dan menyokong usaha Kerajaan membuka lebih banyak stor Kedai 1 Malaysia ini. Tapi promosi sebegini hebat dan berskala besar rasanya tak sesuai dengan hanya 1 stor sebesar 7-11....rasanya ramai juga yang datang dan merasa hampa kerana tidak dapat "mencelah" pelanggan yang bersesak-sesak sebegitu. Mungkin kalau saiz stornya besar dan banyak lokasi dibuka serentak, tentulah promosinya (sebagaimana yang dilakukan sekarang) sejajar dengan kemeriahan orang-ramai yang agak "desperate" mencari kedai barangan murah sedemikian.
Kami pulang tanpa membeli barangan....mungkin di lain kali, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment