Thursday, December 30, 2010

Oh! What a sweet December

Sepanjang hari ni (30 Disember 2010) rasa lain macam aje.....demam dan bahang kemenangan pasukan Harimau Malaya (atau Malaysia) dalam perlawanan akhir timbal balik AFF Piala Suzuki di Jakarta memang hebat benar.  Buka TV3 tengok MHI...terhibur dengan celoteh 3 pengacara yang membaca tajuk berita akhbar hampir semuanya mengenai bolasepak.  Drive ke tempat kerja dengar HotFM dok mainkan lagu2 patriotik.  Hebat semangat patriotisma rakyat Malaysia sehari dua ni. Puas hati....setelah aku ditertawakan dulu oleh rakan2ku di Indonesia (1 Disember) dengan kekalahan pasukan Malaysia pada perlawanan group di Jakarta dengan skor 1-5, kini kita boleh ketawa bangga.  Apapun, bersyukur lah sangat2 dengan kemenangan ini; janganlah hendaknya anak2 muda bimbingan Rajagobal ni alpa dengan pujian, glamour, yang akhirnya membunuh semangat juang tinggi mereka ni.  Macam yang pernah berlaku sebelum ini....ahli2 sukan yang baru nak naik, asalkan lelaki berdahi licin (muka handsome aje) mulalah jadi rebutan peminat2 wanita/selebriti/artis2 lawa, pastu masuk ruangan gosip segmen hiburan di majalah dan akhbar,..... mind you, bukan ruangan sukan lagi dah tapi ruangan gosip hiburan! Sedekad dulu ada di kalangan ahli2 sukan berdahi licin yang dipuja ramai ini kadangkala dipaparkan dalam majalah M*#%@$, pastu dikaitkan/digosipkan dengan selebriti hiburan itu dan ini..tup2 pastu prestasi mereka mulalah menurun bahkan merudum antaranya sebab dah tak kuat mental nak menangani dunia glamour, disiplin kurang dan sebagainya....mudah2an pemain pasukan bolasepak Malaysia yang muda remaja ni terus maju dan maju, insyaAllah.  Aku puji betul cara Dato' Nicole Ann David, dan Dato' Lee Chong Wei meniti kejayaan dalam dunia skuasy dan badminton...tak pernah mereka menyimpang dari bidang sukan mereka itu. Tiada gosip2 liar dan mereka hanya fokus dan tumpukan pada sukan mereka sahaja.  Tengoklah di mana mereka berada dan dah berapa lama mereka berada di peringkat dunia dalam bidang sukan yang mereka ceburi.  

Esok hari terakhir tahun 2010 yang penuh drama, ranjau dan duri yang kita semua lalui.  Macam2lah suka-duka sepanjang tahun ni; tapi ingin ku kongsikan pengalaman manisku di bulan Disember ni.

10 Disember - keputusan "peperiksaan" semester lalu diumumkan.  Buat kali kedua dalam 3 semester pembelajaran Sarjana yang kutempuhi di UiTM, aku perolehi CGPA 4 flat. Alhamdulillah.

11 Disember - anak bongsuku selamat menjalani proses khatannya.

12 - 14 Disember - kami bercuti di banglo A'Famosa, Melaka; menyertai 2 keluarga abang2ku yang lain.  Cukup menggembirakan.

15 Disember - my birthday...alhamdulillah, bertambah lagi usia dan kematanganku.  Terima kasih Allah di atas pengurniaan rezeki dan kesihatan yang baik selama ini.

18 Disember - kejohanan bolasepak akademi Nuri.  Pasukan anakku Arif Akmal menjadi Juara Kategori Bawah 12 tahun.  Yang lebih manis lagi anakku dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.  Alhamdulillah.

23 Disember - keputusan PMR diumumkan.  Anak perempuanku Anis, berjaya memperolehi straight A's (9A).  Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana tercapai cita2ku ingin merasa bagaimana agaknya menjadi ibu yang kegembiraan mendengar keputusan peperiksaan anaknya yang cemerlang.  Sebelum ni aku hanya berkongsi kegembiraan rakan2 yang anaknya mendapat keputusan cemerlang.  Kini giliran aku pula.  Ya...aku menangis, menangis hampir 10 minit kerana terlalu gembira dan bersyukur.  Kini aku tahu mengapa dan bagaimana perasaan arwah ayahku yang menangis kegembiraan dengan kejayaan abang sulungku mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan MCE nya pada tahun 1977.  Thank you Allah, and thank you Anis (http://anisamalinablog.blogspot.com/) for giving me the opportunity to feel how is it like to hear such news.  Hoping to be given the opportunity again by You, Lord....insyaAllah.  

24 - 26 Disember - sekali lagi 3 keluarga adik-beradikku bercuti pula di Janda Baik, Pahang.  Penuh keceriaan dan kenangan bersama sanak-saudara dan ahli keluarga tersayang.  

29 Disember - Malaysia menang bolasepak!!!

31 Disember - cuti umum sebab Malaysia menang bolasepak!! Yeay!!!!

Jumpa lagi tahun depan......semoga tahun 2011 membawa lebih keceriaan dan mendapat lebih rahmat dan keberkatanNya. Aminnnnnnnnn. 

Monday, December 20, 2010

Masa itu emas

Sedari kecil kita mendengar istilah Masa Itu Emas; malah ada yang menambah Masa Itu Lebih Berharga Dari Emas.  Betul tu......sekali kita mensia-siakan masa..., banyak peluang yang kita lepaskan.  Tetapi semakin kita berusia, semakin banyak pengalaman hidup yang kita tempuhi, semakin banyak perkara yang terfikir di kotak pemikiran tentang istilah Masa Itu Emas.  Misalannya....banyak lagi perkara yang sebegitu penting dan signifikan dalam kehidupan kita sepertimana masa yang boleh dibandingkan dengan barangan yang begitu berharga seperti emas.  Umpamanya :

1)  Harga diri
2)  Kesetiaan
3)  Kepercayaan orang terhadap kita
4)  Kasih-sayang
5)  Komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh rasa amanah

Kesemua di atas adalah lebih berharga dari emas.  Setuju?  Ada ke sesiapa yang nak menambah senarai di atas ini?  Dipersilakan.....

Sunday, December 12, 2010

Anakku berkhatan

Anak lelaki bongsuku yang berusia 8 tahun berkhatan pagi semalam (11 Disember 2010) di sebuah klinik di Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh.  Biasalah...., kalau musim cuti sekolah ramailah budak-budak lelaki menjalani prosedur berkhatan ni.  Kami memilih cara berkhatan menggunakan teknik Klamp (clamp) untuk ketiga-tiga anak lelaki kami.  Teknik Klamp ni nyatanya lebih praktis, cepat, dan anak yang dikhatankan akan berasa lebih selesa, di samping kami ibu-bapa penjaganya merasa lebih mudah menjaganya.  Terdapat alternatif untuk berkhatan ini termasuklah cara pemotongan tradisional menggunakan pisau/gunting; serta laser.  Namun teknik Klamp ini lebih mudah kerana prosedur nya tidak memerlukan jahitan; lukanya juga tidak perlu dibersihkan (dressing) sepertimana yang perlu dilakukan jika mengikut teknik khatan secara tradisional. (http://alisklamp.my/)

Disebabkan ini anak bongsuku, maka aku turut ikut ke dalam bilik rawatan untuk melihat sendiri proses/prosedur khatan yang dijalankan.  

"Cuma inilah sekali kaum lelaki menjalani proses yang "agak menyakitkan" pada diri mereka berbanding dengan kaum wanita yang perlu menjalani proses kesakitan melahirkan bayi (beberapa kali) sepanjang hidup mereka", fikirku. 

Masa anakku yang sulung dan anakku yang ketiga menjalani pengalaman khatan mereka menggunakan teknik Klamp ini, mengikut pengalaman yang kami lalui adalah mereka sembuh dengan cepat, boleh terus memakai seluar sebaik selepas berkhatan; bahkan anakku yang sulung yang berkhatan semasa berusia 5 tahun agak daring di mana dia berani mengayuh basikal dan bermain bola hanya beberapa jam setelah dikhatankan.

Doaku, semoga anak bongsuku cepat sembuh...aminnnnn.

Saturday, December 11, 2010

Hawaii Five-O

Sekarang ni aku begitu terpaku sekali menonton siri Hawaii Five-O versi original (keluaran tahun 1968 dan ke udara di televisyen Malaysia sepanjang tahun 70an) melalui rangkaian AXN Astro.  Ada juga versi baru (musim terbaru) yang memaparkan hero dan pasukan Five-O menggunakan nama dan watak-watak yang sama seperti versi ori, tapi aku masih belum terpaku menonton siri musim baru sepertimana versi ori.  Jack Lord, James MacArthur pelakon versi ori yang merupakan hero siri televisyen yang cukup hebat ketika itu.  Aku masih agak kecil lagi ketika itu (bersekolah rendah), yang kuingat Arwah ayahku suka benar menonton siri penyiasatan tersebut.  Seingatku lagi, pelakon Singapura Osman Zailani pernah membintangi siri tersebut...heboh jugalah cerita penglibatan aktor Melayu tersebut dalam siri keluaran Hollywood tersebut.  Siapa sangka....?

Yang aku tahu jalan ceritanya mudah, pelakonnya ada terdiri dari anak bangsa Kepulauan Hawaii sendiri, penggambarannya dibuat sepenuhnya di Kepulauan tersebut. Dikatakan warga Hawaii sendiri claimed ownership of the television series.  Hinggakan pernah aku terbaca dalam satu artikel mengatakan ada orang awam yang betul-betul ingin menghubungi pasukan Five-O ketika ditimpa musibah di Kepulauan tersebut, sedangkan hakikatnya pasukan Five-O hanya sekadar siri televisyen semata-mata dan tidak wujud dalam pasukan polis di Kepulauan Hawaii!          

Selain dari Hawaii Five-O, siri penyiasatan di televisyen sekitar tahun 70an memang amat bermutu dan ditontoni ramai antaranya seperti Mannix, Barnaby Jones, The Streets of San Francisco, sebelum disusuli pula siri Magnum P.I, Hart to Hart, McGyver dan Knight Rider yang begitu popular di tahun 80an.  Yang aku ingat siri dulu-dulu tersebut, hampir tiada adegan berkucupan; kalau adapun kalau hero nya jatuh cinta dan mempunyai pasangan wanita biasanya tak kekal lama, pasangan wanitanya akan mati terbunuh.  Justeru, kalau anak-anak menonton siri televisyen tersebut bersama-sama ibu-bapa pun tak perlu rasa kekok, tak lah macam siri televisyen sekarang memang tak sah kalau tak ada adegan intim sedemikian walaupun berstatus U (tontonan untuk Umum).

Berbalik kepada siri Hawaii Five-O versi ori, aku baru saja terbaca melalui msnbc.com, aktor James MacArthur yang membawa watak Danno baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini dalam usia awal 70an, sementara hero siri tersebut Jack Lord telah lama meninggal dunia iaitu pada tahun 1998.  Sejauh mana hebatnya Hawaii Five-O versi baru, kita tonton ajelah dan buat penilaian selepas itu.  Walau apapun, antara daya tarikan siri tersebut sudah tentunyalah lagu tema Hawaii Five-O itu sendiri.  Best, kan?

Memoriku....... Indonesia

Kata orang, sementara tengah fresh in mind baik aku tulis.  Seminggu lepas aku ke Indonesia kerana bertugas di Jakarta dan Bali.  Kiranya kunjunganku yang kedua ke Jakarta, dan kali keempat ke Bali dalam tempoh kurang 2 tahun.  Bertahun-tahun dulu aku juga pernah ke Yogjakarta, juga atas tiket bertugas.  Kepada yang pernah dan kerap pergi ke Indonesia tentunya ceritanya biasa-biasa aje, apa lagi kalau tak diceritakan tentang "macet" (traffic jam) kotaraya metropolitan Jakarta.  Rakyatnya memang ramai, ramai yang kaya tapi lebih ramai lagi yang miskin; entahlah, aku cuma berkesempatan berulang-alik dari hotel ke tempat kerja di tengah-tengah kesibukan Jakarta, mungkin kalau aku keluar kota dapatlah kulihat suasana sebenarnya. 

Buat pertama kalinya juga aku mencuba makan di warung; kali ni kerana aku berteman (sesama orang Malaysia) jadi aku beranikan menjamu selera di warung.  Kami menginap di hotel lima bintang di Jalan HR Rasuna Said, harga bilik satu malam mencecah hampir RM800!  Takpe lah...ni nak cerita tentang keenakan ayam bakar di warung belakang hotel tu. Ironinya kami tinggal di hotel 5 bintang, tapi makan di warung belakang hotel....hahahah.  Saiz ayamnya agak kecil, ayam yang dibakar tu dihidang bersama sambal belacan berulamkan daun selasih.  Rasanya...fuhhhhhh!!!  memang sedap.  Kami juga memesan tempe goreng dan tauhu goreng yang dihidangkan begitu simple sekali iaitu dengan kicap manis dan hirisan cili padi.  Meleleh air liur aku teringatkan keenakan tempe dan tauhu goreng tersebut.  Berserta nasi sepinggan dan segelas air kelapa, kos makan kami berdua pada malam tersebut cuma Rp40,000 (lebih kurang RM14).  Murah aje....

Sebelumnya iaitu pada bulan Februari 2010, ketika aku ke Jakarta juga aku dijamu makan di restoran masakan Sunda....aduhhh...terus aku jatuh cinta dengan ikan gurame goreng.  Sedap betul....Nanti kalau berkesempatan akanku upload gambarnya di blog ini.  Maka setelah aku pulang ke Malaysia aku mencari-cari gurame goreng di sini, tapi setakat ini tidak ada hidangan ikan gurame di restoran Sunda yang aku kunjungi di Malaysia.  Bagi sesiapa yang belum pernah merasai nikmat masakan Sunda, silalah mencubanya, memang best!  Aku juga mencuba masakan bebek (itik) panggang ketika di Jakarta...not bad.....saja aku nak rasa macamana rasanya bebek panggang sebab kebiasaannya di Malaysia itik panggang yang dijual rata-ratanya tidak disembelih.

Aku ke Bali pada 1 Disember yang lalu, dan dalam perjalanan dari hotel ke Bandara (airport) Soekarno Hatta di Jakarta, pak supir teksi memberitahuku pasukan bolasepak Malaysia sudah berada di Jakarta untuk berentap dengan pasukan Indonesia dalam kejohanan AFF Suzuki Cup pada malam tersebut. 

Bandara Ngurah Rai di Bali seolah-olah tidak asing bagiku lagi, sebaik saja keluar dari bangunan bandara, kami mencari teksi untuk ke hotel.  Kami bahkan tawar-menawar harga tambang untuk ke hotel di Kuta....lebih kurang Rp20,000 ke Rp25,000 aje.....(dalam RM7).  Sepanjang pantai Kuta, aku pernah tinggal di Inna Kuta Beach Resort, Dynasty Bali dan terkini di Discovery Kartika Plaza Hotel.  Kita boleh menyusuri pantai kalau kita ikut jalan di belakang hotel.  Yang jelasnya, di belakang Inna Kuta ialah pantai awam yang landai...maka kelihatanlah para penjaja cenderahati, penjaja rantai mutiara, penjaja beer dan minuman berbotol; serta tukang urut, teksi motorsikal yang berulang-alik di mana penjaja cenderahati dan tukang urut mendekati kita untuk urusan bisnes mereka.  Pelancong mat saleh ramai yang bersantai menggunakan servis mengurut badan di tepi pantai, yang perempuan dengan berbikini, yang lelaki hanya berseluar mandi, berseluar bermuda.... ada yang duduk-duduk dengan beer di tangan, ada yang badan mereka penuh ber tattoo bermotosikal besar untuk lepak-lepak di pantai awam tersebut.  

Pantai di belakang hotel Discovery Kartika berbatu-batan, tidak sesuai untuk bersantai dan bukan pantai awam.  Sepanjang menyusuri jalan pantai dari belakang hotel Discovery Kartika ke Hotel Inna Kuta kita boleh melihat gelagat pelancong yang memang menjadikan percutian di Bali sebagai sebahagian "syurga dunia"...terdapat beberapa hotel lain di sepanjang laluan, yang mempunyai kolam renang mengadap pantai.  Di sini kelihatan pelancong yang lebih muda remaja bersantai di kolam renang serta pondok gazebo yang disediakan di belakang hotel.  Terdapat satu spot yang agak aneh berhampiran tembok pantai tersebut kerana terdapat pertembungan dua aliran ombak yang melanggar satu tebing mengakibatkan terjadinya alunan ombak yang agak sesuai dijadikan surfing spot untuk golongan remaja ini.  Masa yang diambil untuk berjalan kaki dari Discovery Kartika ke Inna Kuta menyusuri jalan pantai cuma lebih kurang 10 minit sahaja.

Setiap kali aku ke Bali, pastinya aku ke kedai menjual jersey bolasepak milik Pak Herman berhampiran Kuta Arts Centre, kerana anak-anak lelakiku pasti meminta aku membelikan jersey bolasepak pasukan kegemaran mereka.  Aku bahkan menempahkan jersey yang memaparkan nama mereka, dan nombor kesukaan mereka.  Entahlah...aku dikenakan harga Rp100,000 untuk setiap helai jersey yang kutempah; kata orang Indonesia harga tu agak mahal.  Lebih kurang RM35 sehelai untuk jersey bertulis nama sendiri, kukira reasonable.

Oh ya....hampir lupa nak ku ceritakan.  Disebabkan pasukan Malaysia kalah 5-1 di tangan Indonesia pada  perlawanan  bolasepak di Jakarta pada malam 1 Disember 2010, "teruk" aku kena perli dan diketawakan oleh peserta workshop yang aku sertai di Bali.

Pada kunjunganku ke Bali yang disertai oleh 2 orang anak lelakiku sebelum ini (tahun 2009), kami extended our stay setelah habis tugas rasmiku dan tinggal di Villa Diana Bali ( http://www.villadianabali.com/ ).  Sesungguhnya bagi sesiapa yang inginkan kedamaian, full of privacy...amatlah disyorkan menginap di sini.  Kita boleh mohon transportation pergi dan balik ke airport, serta membuat tempahan untuk tour around the island.  Kami mengunjungi Bali Safari, Tega Lallang, Kintamani, Ubud dan Tanah Lot.  Cubalah.....memang best dan memuaskan hati.

Pengalaman makan malam sambil menunggu matahari terbenam (sunset) di Jimbaran juga merupakan satu pengalaman yang indah jika anda berkunjung ke Bali.  Tapi bila kita sampai setelah matahari betul-betul dah tenggelam, memang gelap betullah di sana....bagi menghidupkan suasana romantis makan malam (seafood) di Jimbaran, kita makan dengan hanya dilimpahi cahaya dari lilin di atas meja.  Memang gelap.  Kalau kita dengar bunyi hempasan ombak ke pantai ketika kita menikmati makan malam itu, boleh kita bayangkan gulungan ombak yang begitu besar menghempas ke pantai yang amat berhampiran dengan kita.  Tapi disebabkan suasana yang begitu gelap, memang kita tak nampak pun ombak tersebut.  Seram juga memikirkan kalau........hmmmm...minta dijauhkan....aminnnn.

Dan tidak lupa juga untuk aku mengembalikan nostalgiaku mengunjungi Candi Borobodur (salah satu keajaiban dunia); dan juga Kraton semasa kunjunganku ke Yogjakarta, serta kilang jamu Ratu Ayu di Solo pada tahun 1995.

Begitulah memoriku mengenai Indonesia...negara serumpun dan satu bangsa...

Akanku sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan-rakanku di Indonesia mohon dijauhkan dari segala malapetaka dan bencana yang sejak akhir-akhir ini kerap menimpa negara tersebut.  Aminnnnn......