Tuesday, July 19, 2011

Teh tarik KURANG MANIS .... une! Teh halia KURANG MANIS...rende!

Setakat satu, dua, tiga, sampai sepuluh dalam bahasa Tamil....aku tahulah menyebutnya.  Mana kan tidak...hampir setiap hari masuk ke kedai mamak.  Sampaikan mamak tu naik kenal muka kami...sebaik melangkah masuk aje...."Kakak...ayam goreng macam pagi punya......panas2"....ini kerana di kedai mamak ini turut dihidangkan menu ayam goreng untuk sarapan.  Memang sedap ayam goreng panas yang dimakan begitu saja, atau dengan nasi lemak.  Rempah rahsia apa agaknya yang digunakan mamak ni....?

Nak cerita fasal air....selain teh tarik....mamak tu juga seakan2 tahu yang aku suka meng"order" teh halia.  Sedap teh halia yang disajikannya.  Teh halia ni versi teh tarik yang dicampur serbuk atau air halia.  Tiba2 teringin pula aku nak tahu asal usul mana datangnya istilah teh tarik ni?  Teh tarik asalnya dari air teh susu yang panas, kemudian untuk menyejukkannya, mamak terpaksa "menarik" air teh itu beberapa kali demi untuk segera menyejukkannya.  Begitulah maklumat yang aku baca dari internet.  Tulisnya lagi, di pelabuhan Pulau Pinang suatu ketika dahulu, para pekerja pelabuhan hanya diberikan waktu rehat selama 10-15 minit sahaja, jadi ketika dikunjungi ramai pelanggan ketika itu yang perlu minum dalam waktu singkat tersebut, mamak penjual teh pun menggunakan teknik menarik teh panas itu untuk cepat menyejukkannya.

Sekarang ni, walau air minuman apa yang ku order, aku tak lupa nak menyebut "kurang manis".  Teh tarik kurang manis, teh halia kurang manis, teh limau ais kurang manis, Nescafe tarik kurang manis.  Almaklumlah...bila bacaan kandungan gula dah melebihi sempadan...kenalah beringat.

Nak tahu tak....sebenarnya kalau sekadar minum teh O, kalau betul2 nak menikmati aroma teh tersebut, kita tak perlu campurkan gula langsung dalam air teh tersebut.  Betul....hal ini diajarkan oleh staf aku, Ms. Wong...katanya Chinese kalau minum teh, tak pernah bubuh gula.  Kalau tak percaya, boleh cuba...sekali, dua kali, lepas tu kita terus boleh minum teh O tanpa gula.

Lagi satu, sebenarnya kalau bancuh Milo, kemudian dicampurkan dengan Coffee Mate, jangan dan tak perlu langsung bubuh gula atau pemanis tiruan.  Memang dah cukup kemanisannya.

Staf2 aku di ofis suka benar kalau aku buat Neslo.  Walaupun ada tea lady, tapi aku suka ke pantry dan bancuh minumanku sendiri.  Entahlah...aku rasa aku buat macam biasa aje....taruk 2 setengah sudu besar Milo ke dalam mug, pastu masukkan 2 sudu besar Coffee Mate, kemudian masukkan tiga perempat sudu teh serbuk Nescafe, dan akhir sekali masukkan air panas.  Kacau.... dan aromanya cukup memukau.  Rasanya...slurrp...slurpp.....minum sikit2 sebab minuman Neslo ni sedap diminum ketika panas/suam.  Sekali lagi...tak perlu langsung masukkan gula.  Cuma aku musykil, kalau kandungannya lebih banyak Milo dari Nescafe, kenapa ianya dipanggil Neslo, bukannya MiNes atau MilFe, hmmmmm...agaknya mungkin kerana susah nak menyebutnya.

Walau apa pun kita nak minum.....jangan lupa "Kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manisan dalam senyuman". 

Esok...kalau ke kedai mamak, jangan lupa minta Teh Tarik ke, Nescafe ke, Teh Halia ke, Horlicks ke...KURANG MANIS!

1 comment:

  1. I selalu minta "kurang manis"... dan di rumah juga, minuman sedikit demi sedikit cuba kurangkan gula. Sebenarnya, cara yang lebih senang supaya tidak mengejut minum air tanpa gula ialah dengan mengurangkan sukatan gula. Contohnya jika kali pertama, 6 sudu (1 teko), kemudian, kurangkan ke 5, dan seterusnya... nanti kita akan terbiasa dengan kurang gula. Nak cuba jugalah k.has punya 'resepi' neslo... :D

    ReplyDelete