Monday, May 9, 2011

Mama sayang kamu

Aku rasa cukup hiba, pilu dan terharu membaca kisah Azean Irdawaty tentang kasih dan kerunsingan terhadap kesihatan anaknya Benjy yang terlantar sakit di wad akibat penyakit asma.  Kupetik laporan akhbar yang antara lain tertulis .........

Kata Azean lagi, dia berdoa agar anaknya itu cepat sembuh dan tidak mahu ambil tahu mengenai kesihatannya. "Saya tak mahu tahu tentang kesihatan saya dan tak ambil kisah pun. Saya hanya berserah kepada Allah S.W.T untuk menguruskan kesihatan saya ini. "Cuma apa yang penting sekarang ini, saya mahu Benjy cepat sembuh dan kembali bergembira bersama keluarga seperti sebelum ini. "Saya teringat lagi ketika Benjy tercungap-cungap kerana sukar bernafas, rasa seperti biarlah nyawa saya diberikan kepadanya dan saya sanggup pergi dahulu," ujarnya.

Tak payah diulas, tak payah dijelas, terngiang-ngiang dendangan lagu yang menggambarkan rasa kasih-sayang ibu ayah dalam lirik lagu-lagu berikut yang bisa menitiskan airmataku ....

(dendangan Sharifah Aini) :
Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada

Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

(dendangan Aishah)
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
( ulang 1 )
( 2 )
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu di telapak kaki ibu
( ulang 1 ) ( ulang 2 )

(dendangan Allahyarham Sudirman)
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Sayangilah ibu dan ayah kita sepenuh hati kerana kasih mereka terhadap anak-anak tidak boleh digalang ganti.  Cuma anak-anak yang belum cukup pengalaman hidup mereka, ternyata belum mengerti harga kasih-sayang ini.  Acapkali anak-anak terus berterusan membuat khilaf, ibu ayah pula terus berterusan mengampuni anak-anak mereka.  

Aku juga turut mengingatkan anak-anakku...."tunggulah tatkala kamu sendiri menjadi ibu/ayah barulah kamu mengerti kenapa mama bertindak begini..."  Semoga mereka menghargai teguran dan sarananku terhadap mereka.  Mama sayang kamu semua.

No comments:

Post a Comment