Tak sampai berapa jam aku akan berangkat, barang-barang pun tak kemas lagi...tak mengapa, esok pagi sejam sebelum ke KLIA aku pack aje apa2 yang patut untuk seminggu. Begitulah kebiasaanku, tak kisah nak berkemas sebab di saat-saat akhir pun masih ada kerja yang perlu didahulu dan disegerakan. Cuma nak tulis dua kejadian (pelik juga ni) yang berlaku hari ni pada diriku.
Pagi tadi, aku kukuskan mini pau yang kubeli beberapa hari lalu (frozen mini pau) dari pasaraya C#$% untuk sarapan. Setelah anak-anakku semuanya bersarapan aku menghabiskan sebiji lagi pau yang tinggal sambil ke dapur untuk mencuci pinggan-mangkuk. Tiba-tiba lelangit ku terasa ada satu tusukan tajam ketika aku hampir menelan pau berintikan kacang merah tersebut. Cepat-cepat aku meluahkannya keluar dari mulut dan mencari apakah elemen dalam inti kacang merah tu yang menusuk ke lelangitku tadi. MasyaAllah...rupa-rupanya ada satu objek menyerupai tulang ikan yang halus yang panjangnya hampir satu sentimeter bercampur dengan inti pau! Mujur bukan anak aku yang memakannya! Mujur juga aku tidak menelannya! Tanpa melengahkan masa aku terus mengorek tong sampah untuk mencari pembungkus kuih pau yang telah kubuang tadi, dan handphone kucapai untuk menelefon customer care line. Dipendekkan cerita, aku telah dihubungi semula dan diminta pergi ke pasaraya C#$% dan membawa baki pau dan "tulang ikan" (?) sebagai bukti aduanku itu. Di sini aku nak puji pihak pasaraya tersebut sebab begitu efisen dan prihatin dengan aduan yang dikemukakan. Well....aku diberi 2 bungkus pau setelah mereka memohon maaf dan sebagai ucapan terima kasih kerana mengenengahkan aduan tersebut yang membantu pasaraya mereka memantau pengedar barangan frozen. Tak kisahlah....
Malam tadi anak-anakku sibuk nak makan di restoran ayam goreng kegemaran ramai. (Tak payah sebutlah namanya...semua orang tahu namanya sebab habis licin jari dijilat bila memakannya)...aku memesan menu yang kini hebat diiklankan. Memang sedap...tapi bila dah nak habis...makkkk aihhh....kembang tekak aku...tetiba keluar sehelai bulu ayam yang masih elok bentuknya dari celahan tulang yang bersalut tepung berempah tu. Aku lagi yang kena....fikirku. Nasib baik bukan anak-anakku yang terkena. Aku memanggil pelayan yang sedang mengemas meja, dengan perlahan ku tunjukkan padanya bulu ayam tuuuu.....dan katakan padanya...saya tak mahu bising-bising, tengok apa ni..? Kembang tekak saya. (Memang kembang tekakku sikit masa tu sebab sekurang-kurangnya memang betullah bulu ayam yang "patut" dijumpai pada ayam goreng, kalau bulu binatang lain memang aku dah muntah agaknya). Pelayan berbangsa India tu masuk berjumpa Store Manager (perempuan Melayu yang sungguh masam wajahnya), kemudian dia datang balik seraya bertanya..Maam, would you like to have a replacement?...saya jawab...tak payah, tekak saya dah kembang, tak lalu nak makan lagi. Pelayan berlalu pergi dan beritahu manager tu. Semua adegannya berkomunikasi dengan Manager tu dapatku lihat dengan jelas sebab kedudukan kerusi ku yang betul-betul mengadap kaunter. Hampir 10 minit sambil menunggu anak-anakku habis makan, aku saksikan muka Manager yang macam cuka (agaknya penat bekerja kot...), ada juga dia keluar masuk tapi langsung tidak ada P.R. dan courtesy. Aku katakan demikian, sebab beliau sepatutnya datang ke mejaku sekurang-kurangnya minta maaf...; tapi sebaliknya menjeling kepadaku seolah-olah aku yang bersalah. Geram pun ada, jadi aku dapat idea...aku panggil pelayan tu semula...excuse me, tadi you tanya kalau I nak replacement kan, you bagi saya ice-cream ya, sebab tekak saya dah kembang ni....dia pun pergi semula ke Manager dan hampir 5 minit kemudian dia bawakan satu cawan aiskrim kepadaku (aku ingat Manager tu nak bagi anak-anakku sekali...iyerlah..kalaulah kos replacement sepinggan ayam tu nak dibandingkan dengan secawan aiskrim). Yang aku geram ialah Manager restoran tu yang tak ada customer care skill....macamanalah jadi store (restaurant) manager...fikirku.
Itulah pengalaman "ngeri"ku harini...pagi tertusuk elemen asing berupa "tulang ikan" yang agak keras dalam inti pau, malam terjumpa bulu ayam dalam ayam goreng di restoran makanan segera yang terkenal.
Aku puji pengurusan pasaraya C#$% kerana beretika melayan pelanggan, tapi restoran ayam goreng tu...hampeh...! Oh ya...sebelum ini aku pernah juga terjumpa bulu ayam dalam nuget ayam keluaran sebuah syarikat yang kononnya bagus (tak payah sebut nama....tokk tokk tokk...bunyi ayam dalam iklan)..bagai nak rak menelefon customer care line, tak berjawab langsung! Apalah gunanya nombor tu diletakkan di plastik pembungkus nuget frozen tu....sekadar memenuhi syarat agaknya.
Dalam seminggu ni aku tiada dalam negara, nantilah bila aku dah balik akanku sambung coretanku lagi, ya...terima kasih kerana membaca apa yang ingin ku kongsikan. Wassalam.
No comments:
Post a Comment