Friday, November 5, 2010

Pantang betul aku kalau.....

Bercakap fasal pantang, ramai tentu terfikir tentang istilah "dalam pantang untuk wanita", tapi apa yang nak kutuliskan di sini ialah pantang betul aku kalau perkara-perkara yang nak kutuliskan ni berlaku.  Tentunya perkara-perkara yang kita tak suka berlaku, tak suka dilakukan terhadap kita, kerana ia tentunya akan membuat kita sakit hati, sakit mata dan perkara-perkara tertentu tersebut akan memudaratkan diri banyak pihak atau masyarakat sekeliling.  Mungkin ada orang bersetuju dengan pendirianku kalau aku mengatakan "Pantang betul aku kalau...."

1) orang membuang sampah melalui tingkap dari kenderaan.  Menyirap betul darah aku terutama kalau kejadian tu berlaku betul-betul di depan mataku.  Rasa macam nak jerit "Hoi! Simpanlah dulu sampah tu, bila sampai ke destinasi carilah tong sampah dan buang!" Atau rasa macam nak jadi penguatkuasa yang boleh tahan dan saman kenderaan tu sebab mengotorkan jalanraya.  Bayangkanlah kalau semua kereta-kereta yang berderet di depan kereta kita turut membuang sampah setiap satunya di atas jalanraya, tentu lah kotor jadinya.  (Teringat betapa berrrrrrsssiiiihhhhnya jalanraya di Jepun kerana masyarakatnya sungguh berdisiplin).

2) orang menipu kita.  Biarlah pahit macamana pun sesuatu fakta atau kebenaran untuk diluahkan, namun jangan sekali-kali menipu.  Terangkan dengan secara berhemah, tentu orang lambat-laun akan menerima kebenaran yang pahit untuk ditelan, namun jangan sekali-kali menipu.  Sekali kita menipu orang akan hilang kepercayaan kepada kita.

3) orang yang naik "hangin" (angin) tak tentu pasal.  Beberapa kali juga terkena.  Yang lebih peliknya kalau kita menelefon atau berurusan di kaunter nak bertanyakan tentang sesuatu perkara, dengan penuh sopan kita memulakan bicara dan bertanyakan soalan, ada ke patut orang yang menjawab tu jawab dengan sambil lewa ataupun macam nak tak nak aje melayan persoalan yang kita kemukakan tu.  Maaf cakap, banyak kali berlaku bila berurusan dengan pejabat atau agensi berkaitan kerajaan.  Biar betul....hello..kalau malas nak bekerja berhenti sajalah bagi orang lain yang lebih memerlukan pekerjaan tu untuk bertugas dengan lebih rasa bertanggungjawab.  Nak kata aku tak pandai bertanya..?? ehem...sebagai pengamal perhubungan awam, aku sentiasa peka tentang hal ini dan insyaAllah aku bertanya sebaik hatta seberhemah mungkin, tapi masih terkena dengan orang-orang yang buat kerja macam tak ikhlas ni.  Lagi satu yang peliknya, (kawan-kawanku pun mengiyakan perkara ini) kadangkala lebih baik berurusan dengan orang berlainan jantina, kurang sikit darjah ketidaksopanan mereka menjawab panggilan atau pertanyaan kita, kalau perempuan sama perempuan...bak kata orang macam "hangin satu badan". 

Bak kata Nyonya Mansor ibu Sabariah dalam cerita Madu Tiga, "Pantang datuk-nenek aku berkahwin dengan ahlil musik"....haa..begitulah aku, pantang betul aku kalau orang buang sampah merata-rata dari kenderaan mereka, orang menipu, dan orang yang berurusan dengan orangramai tapi tak reti menjaga kesopanan dan etika ketika bekerja. 

Sebaik-baik peringatan buat semua termasuk diriku sendiri ialah sentiasalah bersederhana dan ikhlas dalam melakukan sebarang pekerjaan.  InsyaAllah akan diberkatiNya. 

No comments:

Post a Comment