Kata orang, sementara tengah fresh in mind baik aku tulis. Seminggu lepas aku ke Indonesia kerana bertugas di Jakarta dan Bali. Kiranya kunjunganku yang kedua ke Jakarta, dan kali keempat ke Bali dalam tempoh kurang 2 tahun. Bertahun-tahun dulu aku juga pernah ke Yogjakarta, juga atas tiket bertugas. Kepada yang pernah dan kerap pergi ke Indonesia tentunya ceritanya biasa-biasa aje, apa lagi kalau tak diceritakan tentang "macet" (traffic jam) kotaraya metropolitan Jakarta. Rakyatnya memang ramai, ramai yang kaya tapi lebih ramai lagi yang miskin; entahlah, aku cuma berkesempatan berulang-alik dari hotel ke tempat kerja di tengah-tengah kesibukan Jakarta, mungkin kalau aku keluar kota dapatlah kulihat suasana sebenarnya.
Buat pertama kalinya juga aku mencuba makan di warung; kali ni kerana aku berteman (sesama orang Malaysia) jadi aku beranikan menjamu selera di warung. Kami menginap di hotel lima bintang di Jalan HR Rasuna Said, harga bilik satu malam mencecah hampir RM800! Takpe lah...ni nak cerita tentang keenakan ayam bakar di warung belakang hotel tu. Ironinya kami tinggal di hotel 5 bintang, tapi makan di warung belakang hotel....hahahah. Saiz ayamnya agak kecil, ayam yang dibakar tu dihidang bersama sambal belacan berulamkan daun selasih. Rasanya...fuhhhhhh!!! memang sedap. Kami juga memesan tempe goreng dan tauhu goreng yang dihidangkan begitu simple sekali iaitu dengan kicap manis dan hirisan cili padi. Meleleh air liur aku teringatkan keenakan tempe dan tauhu goreng tersebut. Berserta nasi sepinggan dan segelas air kelapa, kos makan kami berdua pada malam tersebut cuma Rp40,000 (lebih kurang RM14). Murah aje....
Sebelumnya iaitu pada bulan Februari 2010, ketika aku ke Jakarta juga aku dijamu makan di restoran masakan Sunda....aduhhh...terus aku jatuh cinta dengan ikan gurame goreng. Sedap betul....Nanti kalau berkesempatan akanku upload gambarnya di blog ini. Maka setelah aku pulang ke Malaysia aku mencari-cari gurame goreng di sini, tapi setakat ini tidak ada hidangan ikan gurame di restoran Sunda yang aku kunjungi di Malaysia. Bagi sesiapa yang belum pernah merasai nikmat masakan Sunda, silalah mencubanya, memang best! Aku juga mencuba masakan bebek (itik) panggang ketika di Jakarta...not bad.....saja aku nak rasa macamana rasanya bebek panggang sebab kebiasaannya di Malaysia itik panggang yang dijual rata-ratanya tidak disembelih.
Aku ke Bali pada 1 Disember yang lalu, dan dalam perjalanan dari hotel ke Bandara (airport) Soekarno Hatta di Jakarta, pak supir teksi memberitahuku pasukan bolasepak Malaysia sudah berada di Jakarta untuk berentap dengan pasukan Indonesia dalam kejohanan AFF Suzuki Cup pada malam tersebut.
Bandara Ngurah Rai di Bali seolah-olah tidak asing bagiku lagi, sebaik saja keluar dari bangunan bandara, kami mencari teksi untuk ke hotel. Kami bahkan tawar-menawar harga tambang untuk ke hotel di Kuta....lebih kurang Rp20,000 ke Rp25,000 aje.....(dalam RM7). Sepanjang pantai Kuta, aku pernah tinggal di Inna Kuta Beach Resort, Dynasty Bali dan terkini di Discovery Kartika Plaza Hotel. Kita boleh menyusuri pantai kalau kita ikut jalan di belakang hotel. Yang jelasnya, di belakang Inna Kuta ialah pantai awam yang landai...maka kelihatanlah para penjaja cenderahati, penjaja rantai mutiara, penjaja beer dan minuman berbotol; serta tukang urut, teksi motorsikal yang berulang-alik di mana penjaja cenderahati dan tukang urut mendekati kita untuk urusan bisnes mereka. Pelancong mat saleh ramai yang bersantai menggunakan servis mengurut badan di tepi pantai, yang perempuan dengan berbikini, yang lelaki hanya berseluar mandi, berseluar bermuda.... ada yang duduk-duduk dengan beer di tangan, ada yang badan mereka penuh ber tattoo bermotosikal besar untuk lepak-lepak di pantai awam tersebut.
Pantai di belakang hotel Discovery Kartika berbatu-batan, tidak sesuai untuk bersantai dan bukan pantai awam. Sepanjang menyusuri jalan pantai dari belakang hotel Discovery Kartika ke Hotel Inna Kuta kita boleh melihat gelagat pelancong yang memang menjadikan percutian di Bali sebagai sebahagian "syurga dunia"...terdapat beberapa hotel lain di sepanjang laluan, yang mempunyai kolam renang mengadap pantai. Di sini kelihatan pelancong yang lebih muda remaja bersantai di kolam renang serta pondok gazebo yang disediakan di belakang hotel. Terdapat satu spot yang agak aneh berhampiran tembok pantai tersebut kerana terdapat pertembungan dua aliran ombak yang melanggar satu tebing mengakibatkan terjadinya alunan ombak yang agak sesuai dijadikan surfing spot untuk golongan remaja ini. Masa yang diambil untuk berjalan kaki dari Discovery Kartika ke Inna Kuta menyusuri jalan pantai cuma lebih kurang 10 minit sahaja.
Setiap kali aku ke Bali, pastinya aku ke kedai menjual jersey bolasepak milik Pak Herman berhampiran Kuta Arts Centre, kerana anak-anak lelakiku pasti meminta aku membelikan jersey bolasepak pasukan kegemaran mereka. Aku bahkan menempahkan jersey yang memaparkan nama mereka, dan nombor kesukaan mereka. Entahlah...aku dikenakan harga Rp100,000 untuk setiap helai jersey yang kutempah; kata orang Indonesia harga tu agak mahal. Lebih kurang RM35 sehelai untuk jersey bertulis nama sendiri, kukira reasonable.
Oh ya....hampir lupa nak ku ceritakan. Disebabkan pasukan Malaysia kalah 5-1 di tangan Indonesia pada perlawanan bolasepak di Jakarta pada malam 1 Disember 2010, "teruk" aku kena perli dan diketawakan oleh peserta workshop yang aku sertai di Bali.
Pada kunjunganku ke Bali yang disertai oleh 2 orang anak lelakiku sebelum ini (tahun 2009), kami extended our stay setelah habis tugas rasmiku dan tinggal di Villa Diana Bali ( http://www.villadianabali.com/ ). Sesungguhnya bagi sesiapa yang inginkan kedamaian, full of privacy...amatlah disyorkan menginap di sini. Kita boleh mohon transportation pergi dan balik ke airport, serta membuat tempahan untuk tour around the island. Kami mengunjungi Bali Safari, Tega Lallang, Kintamani, Ubud dan Tanah Lot. Cubalah.....memang best dan memuaskan hati.
Pengalaman makan malam sambil menunggu matahari terbenam (sunset) di Jimbaran juga merupakan satu pengalaman yang indah jika anda berkunjung ke Bali. Tapi bila kita sampai setelah matahari betul-betul dah tenggelam, memang gelap betullah di sana....bagi menghidupkan suasana romantis makan malam (seafood) di Jimbaran, kita makan dengan hanya dilimpahi cahaya dari lilin di atas meja. Memang gelap. Kalau kita dengar bunyi hempasan ombak ke pantai ketika kita menikmati makan malam itu, boleh kita bayangkan gulungan ombak yang begitu besar menghempas ke pantai yang amat berhampiran dengan kita. Tapi disebabkan suasana yang begitu gelap, memang kita tak nampak pun ombak tersebut. Seram juga memikirkan kalau........hmmmm...minta dijauhkan....aminnnn.
Dan tidak lupa juga untuk aku mengembalikan nostalgiaku mengunjungi Candi Borobodur (salah satu keajaiban dunia); dan juga Kraton semasa kunjunganku ke Yogjakarta, serta kilang jamu Ratu Ayu di Solo pada tahun 1995.
Pengalaman makan malam sambil menunggu matahari terbenam (sunset) di Jimbaran juga merupakan satu pengalaman yang indah jika anda berkunjung ke Bali. Tapi bila kita sampai setelah matahari betul-betul dah tenggelam, memang gelap betullah di sana....bagi menghidupkan suasana romantis makan malam (seafood) di Jimbaran, kita makan dengan hanya dilimpahi cahaya dari lilin di atas meja. Memang gelap. Kalau kita dengar bunyi hempasan ombak ke pantai ketika kita menikmati makan malam itu, boleh kita bayangkan gulungan ombak yang begitu besar menghempas ke pantai yang amat berhampiran dengan kita. Tapi disebabkan suasana yang begitu gelap, memang kita tak nampak pun ombak tersebut. Seram juga memikirkan kalau........hmmmm...minta dijauhkan....aminnnn.
Dan tidak lupa juga untuk aku mengembalikan nostalgiaku mengunjungi Candi Borobodur (salah satu keajaiban dunia); dan juga Kraton semasa kunjunganku ke Yogjakarta, serta kilang jamu Ratu Ayu di Solo pada tahun 1995.
Begitulah memoriku mengenai Indonesia...negara serumpun dan satu bangsa...
Akanku sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan-rakanku di Indonesia mohon dijauhkan dari segala malapetaka dan bencana yang sejak akhir-akhir ini kerap menimpa negara tersebut. Aminnnnn......
Akanku sentiasa mendoakan kesejahteraan rakan-rakanku di Indonesia mohon dijauhkan dari segala malapetaka dan bencana yang sejak akhir-akhir ini kerap menimpa negara tersebut. Aminnnnn......
No comments:
Post a Comment