Sunday, December 12, 2010

Anakku berkhatan

Anak lelaki bongsuku yang berusia 8 tahun berkhatan pagi semalam (11 Disember 2010) di sebuah klinik di Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh.  Biasalah...., kalau musim cuti sekolah ramailah budak-budak lelaki menjalani prosedur berkhatan ni.  Kami memilih cara berkhatan menggunakan teknik Klamp (clamp) untuk ketiga-tiga anak lelaki kami.  Teknik Klamp ni nyatanya lebih praktis, cepat, dan anak yang dikhatankan akan berasa lebih selesa, di samping kami ibu-bapa penjaganya merasa lebih mudah menjaganya.  Terdapat alternatif untuk berkhatan ini termasuklah cara pemotongan tradisional menggunakan pisau/gunting; serta laser.  Namun teknik Klamp ini lebih mudah kerana prosedur nya tidak memerlukan jahitan; lukanya juga tidak perlu dibersihkan (dressing) sepertimana yang perlu dilakukan jika mengikut teknik khatan secara tradisional. (http://alisklamp.my/)

Disebabkan ini anak bongsuku, maka aku turut ikut ke dalam bilik rawatan untuk melihat sendiri proses/prosedur khatan yang dijalankan.  

"Cuma inilah sekali kaum lelaki menjalani proses yang "agak menyakitkan" pada diri mereka berbanding dengan kaum wanita yang perlu menjalani proses kesakitan melahirkan bayi (beberapa kali) sepanjang hidup mereka", fikirku. 

Masa anakku yang sulung dan anakku yang ketiga menjalani pengalaman khatan mereka menggunakan teknik Klamp ini, mengikut pengalaman yang kami lalui adalah mereka sembuh dengan cepat, boleh terus memakai seluar sebaik selepas berkhatan; bahkan anakku yang sulung yang berkhatan semasa berusia 5 tahun agak daring di mana dia berani mengayuh basikal dan bermain bola hanya beberapa jam setelah dikhatankan.

Doaku, semoga anak bongsuku cepat sembuh...aminnnnn.

No comments:

Post a Comment