Sepanjang hari ni (30 Disember 2010) rasa lain macam aje.....demam dan bahang kemenangan pasukan Harimau Malaya (atau Malaysia) dalam perlawanan akhir timbal balik AFF Piala Suzuki di Jakarta memang hebat benar. Buka TV3 tengok MHI...terhibur dengan celoteh 3 pengacara yang membaca tajuk berita akhbar hampir semuanya mengenai bolasepak. Drive ke tempat kerja dengar HotFM dok mainkan lagu2 patriotik. Hebat semangat patriotisma rakyat Malaysia sehari dua ni. Puas hati....setelah aku ditertawakan dulu oleh rakan2ku di Indonesia (1 Disember) dengan kekalahan pasukan Malaysia pada perlawanan group di Jakarta dengan skor 1-5, kini kita boleh ketawa bangga. Apapun, bersyukur lah sangat2 dengan kemenangan ini; janganlah hendaknya anak2 muda bimbingan Rajagobal ni alpa dengan pujian, glamour, yang akhirnya membunuh semangat juang tinggi mereka ni. Macam yang pernah berlaku sebelum ini....ahli2 sukan yang baru nak naik, asalkan lelaki berdahi licin (muka handsome aje) mulalah jadi rebutan peminat2 wanita/selebriti/artis2 lawa, pastu masuk ruangan gosip segmen hiburan di majalah dan akhbar,..... mind you, bukan ruangan sukan lagi dah tapi ruangan gosip hiburan! Sedekad dulu ada di kalangan ahli2 sukan berdahi licin yang dipuja ramai ini kadangkala dipaparkan dalam majalah M*#%@$, pastu dikaitkan/digosipkan dengan selebriti hiburan itu dan ini..tup2 pastu prestasi mereka mulalah menurun bahkan merudum antaranya sebab dah tak kuat mental nak menangani dunia glamour, disiplin kurang dan sebagainya....mudah2an pemain pasukan bolasepak Malaysia yang muda remaja ni terus maju dan maju, insyaAllah. Aku puji betul cara Dato' Nicole Ann David, dan Dato' Lee Chong Wei meniti kejayaan dalam dunia skuasy dan badminton...tak pernah mereka menyimpang dari bidang sukan mereka itu. Tiada gosip2 liar dan mereka hanya fokus dan tumpukan pada sukan mereka sahaja. Tengoklah di mana mereka berada dan dah berapa lama mereka berada di peringkat dunia dalam bidang sukan yang mereka ceburi.
Esok hari terakhir tahun 2010 yang penuh drama, ranjau dan duri yang kita semua lalui. Macam2lah suka-duka sepanjang tahun ni; tapi ingin ku kongsikan pengalaman manisku di bulan Disember ni.
10 Disember - keputusan "peperiksaan" semester lalu diumumkan. Buat kali kedua dalam 3 semester pembelajaran Sarjana yang kutempuhi di UiTM, aku perolehi CGPA 4 flat. Alhamdulillah.
11 Disember - anak bongsuku selamat menjalani proses khatannya.
12 - 14 Disember - kami bercuti di banglo A'Famosa, Melaka; menyertai 2 keluarga abang2ku yang lain. Cukup menggembirakan.
15 Disember - my birthday...alhamdulillah, bertambah lagi usia dan kematanganku. Terima kasih Allah di atas pengurniaan rezeki dan kesihatan yang baik selama ini.
18 Disember - kejohanan bolasepak akademi Nuri. Pasukan anakku Arif Akmal menjadi Juara Kategori Bawah 12 tahun. Yang lebih manis lagi anakku dipilih sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir. Alhamdulillah.
23 Disember - keputusan PMR diumumkan. Anak perempuanku Anis, berjaya memperolehi straight A's (9A). Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana tercapai cita2ku ingin merasa bagaimana agaknya menjadi ibu yang kegembiraan mendengar keputusan peperiksaan anaknya yang cemerlang. Sebelum ni aku hanya berkongsi kegembiraan rakan2 yang anaknya mendapat keputusan cemerlang. Kini giliran aku pula. Ya...aku menangis, menangis hampir 10 minit kerana terlalu gembira dan bersyukur. Kini aku tahu mengapa dan bagaimana perasaan arwah ayahku yang menangis kegembiraan dengan kejayaan abang sulungku mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan MCE nya pada tahun 1977. Thank you Allah, and thank you Anis (http://anisamalinablog.blogspot.com/) for giving me the opportunity to feel how is it like to hear such news. Hoping to be given the opportunity again by You, Lord....insyaAllah.
24 - 26 Disember - sekali lagi 3 keluarga adik-beradikku bercuti pula di Janda Baik, Pahang. Penuh keceriaan dan kenangan bersama sanak-saudara dan ahli keluarga tersayang.
29 Disember - Malaysia menang bolasepak!!!
31 Disember - cuti umum sebab Malaysia menang bolasepak!! Yeay!!!!
Jumpa lagi tahun depan......semoga tahun 2011 membawa lebih keceriaan dan mendapat lebih rahmat dan keberkatanNya. Aminnnnnnnnn.
No comments:
Post a Comment