Aku terpaksa berulang-alik ke klinik membawa salah seorang anakku yang mengalami sakit telinga setelah dimasuki air sewaktu mandi di kolam renang pada cuti persekolahan baru-baru ini. Tak boleh tidur kerana rasa bisa, berdenyut-denyut, pedih, sakit kepala...antara simtom telinga terkena "infection"....hmmm....air kolam renang yang tentunya mengandungi pelbagai bakteria.
Akhirnya aku membawanya ke pakar ENT setelah ubat-ubat titis telinga (eardrop) tidak mengubah keadaan. Rawatannya menggunakan peralatan berkamera membolehkan kami menyaksikan segala apa yang terjadi dalam telinga yang terkena jangkitan. Hmmm.....tak perlu bercerita kerana kalau orang yang tak kuat semangat memang agak mengerikan.
Aku mengambil kesempatan bertanyakan doktor pakar tersebut apakah cara terbaik kita nak mengeluarkan tahi telinga selain dari menggunakan putik kapas (cotton buds) dan besi pengorek telinga? Katanya....
"Tak perlu korek telinga; cuma titiskan beberapa titis minyak zaitun ke dalam telinga dan biarkan tahi telinga keluar sendiri dan kita bersihkan dengan tisu setelah itu. Putik kapas hanya akan memampatkan tahi telinga tapi tidak mengeluarkannya sepenuhnya. Ada ketikanya jika kita menggunakan putik kapas yang kurang bermutu, kapasnya akan tertanggal dan tertinggal di dalam telinga".
"Selain minyak zaitun, "baby oil" juga boleh digunakan sebagai alternatif. Caranya sama, titiskan beberapa titis "baby oil" ke dalam telinga.
Kini baruku tahu rupanya tak perlu korek telinga. Kenapa selama ni ramai di antara kita yang tak tahu?
Seorang rakanku memberitahu, di kalangan masyarakat India, mereka juga menggunakan teknik yang sama iaitu menitiskan minyak ke dalam telinga, tapi mereka menggunakan minyak bijan.
Moral of the story......Sayangilah diri dan telinga anda. Gunakanlah cara yang betul sepertimana cerita yang aku kongsikan ini, okay?
HAHA.. qiela pown baru tahu.. thanks anty.. :)
ReplyDeletekalau baby pun boleh eh? hehe
ReplyDelete