Ramai orang yang dah pasang.....pasang apa? Pasang skrin TV dalam kereta. Bukan hanya kereta MPV,SUV, kereta sedan pun ada TV. Ada yang pasang kat belakang head rest untuk tontonan penumpang kat kerusi belakang, yang peliknya ada juga yang pasang kat dashboard. Pemandu pun nak menjeling2 kat TV semasa memandu ke?
Walau apapun, secara peribadi memang aku menentang idea ni....idea apa? Pasang skrin TV dalam kereta. Walaupun beberapa kali anak2 memberi cadangan dan minta kami memasangnya. Sebab2 yang aku ada :
1) Aku selalu berpendapat saat2 mengembara sekeluarga dalam kereta merupakan saat indah dan penting untuk ahli2 keluarga berinteraksi sesama mereka. Anak2 kecil selalu bertanya itu dan ini ketika berada dalam kereta, justeru inilah masa terbaik melayan mereka berkomunikasi.
2) Bagi anak2 yang lebih besar, mereka kadangkala kurang berkomunikasi dengan kita ketika berada di rumah, justeru dalam kereta inilah peluang terbaik untuk kita berbual2 bagi mengisi masa perjalanan ke sesuatu destinasi. Aku pernah mendengar pandangan dan ceramah pakar motivasi terkenal, bahawa jika ibu-bapa menghadapi masalah berkomunikasi dengan anak2 remaja, berbuallah atau sampaikanlah nasihat ketika berada di dalam kereta. Katanya lagi, kebiasaannya kalau anak2 remaja kalau ditegur di rumah, mereka akan "mengangkat kaki" lari ke bilik misalannya dan enggan mendengar apa yang nak kita cakapkan. Oleh itu carilah peluang itu ketika bersama anak2 di dalam kereta.
Bayangkanlah kalau di rumah anak2 menghabiskan masa menonton DVD atau siaran TV, dalam kereta juga kita sedia dan sajikan DVD juga buat mereka, di manakah masa kualiti kita bersama keluarga?
Lagi satu...aku teringat penagalamanku sendiri, sewaktu kecil kalau menaiki kereta aku suka melihat pemandangan di sepanjang perjalanan. Banyak perkara yang aku pelajari, berfikir dan bertanya...sehingga kini aku rasakan berbaloi kerana pengalaman itu menjadikan diriku seorang yang observant.
Kalau ada orang berkata....alah..mana pulak anak2 nak berbual, masing2 ada handphone walkman , mp3, video game dan sebagainya.....Tak mengapa....anak2 aku pun ada...tapi gunakanlah peluang dan kesempatan ini sebaik mungkin, insyaAllah..percayalah..inilah salah satu peluang terbaik kita ada untuk bermesra bersama mereka. Kenangan manisku mengembara bersama anak2 ialah banyak perkara yang boleh kita bualkan bersama. Baru2 ni kami terperangkap dalam kesesakan jalanraya dalam perjalanan berkereta yang cukup lama...lebih 16 jam setengah (bertolak dari KB jam 10 pagi, sampai di rumah jam 2.30 pagi), antaranya kami berkongsi cerita lama, bertanya soalan kuiz pengetahuan am, teka-teki, bernyanyi serta bergurau-senda sesama ahli keluarga.
Minggu lepas (kalau tak silap) ada ura2 pihak berkuasa nak mengharamkan pemasangan skrin TV dalam kereta atas faktor keselamatan jalanraya. Aku bersetuju dengan pengharaman tu. Kalau nak tengok DVD, tontonlah semasa berada di rumah. Kalau nak dengar perkembangan terkini, radio kan ada?
Nah...tepuk dada tanya selera.
No comments:
Post a Comment