Satu-satunya destinasi yang aku tidak tahu di mana kedudukannya sebelum aku bertolak meninggalkan tanahair ialah Canary Islands. Aku cuma mengetahui lokasi kedudukannya semasa dalam penerbangan. Sekali lagi aku ditugaskan, kali ini untuk menghadiri satu kongres antarabangsa mengenai perdagangan antarabangsa tumbuhan yang diancam kepupusan.
Yang ku tahu Canary Islands terletak di Sepanyol, wah....bila ku lihat dalam peta dunia, kedudukannya lebih berhampiran Morocco di utara benua Afrika. Perjalananku kali ini melewati sektor:
Kuala Lumpur - Zurich - Madrid - Tenerife (Canary Islands)
Beriklim Mediterranean, kepulauan ini cukup indah dan salah satu produk eksport nya ialah pokok kaktus. Pelbagai spesies, bentuk, warna dan ketinggian kaktus dapat dilihat di sini. Tak banyak juga yang dapat kukembalikan nostalgia ku di kepulauan ini, cuma yang aku ingat terdapat banyak kereta Suzuki Swift di jalanraya. Jalanrayanya agak sempit, maklumlah kepulauan.... Pasir pantainya berwarna hitam, kasihan pulak aku melihat beberapa kelompok pelancong yang terdampar bersantai di pasir hitam tersebut. Pelik keadaannya sebab kita selalu membayangkan hamparan pasir pantai berwarna putih yang begitu indah. Aku terserempak dengan beberapa peniaga berasal dari Sri Lanka dan India yang merupakan salah satu komuniti peniaga yang agak ramai di sana.
Sekali lagi aku bersyukur kerana jika tidak kerana bertugas, mungkin aku tidak berpeluang menjejakkan kaki di sebuah kepulauan yang menarik dan terkenal ini. Di balai berlepas, salah seorang peserta kongres yang kuhadiri dari Amerika Syarikat dalam perbualan santai denganku amat memuji Malaysia yang katanya cukup bertuah memiliki kepimpinan Dr. Mahathir yang berpandangan jauh, selain rakyatnya, khususnya anak-anak muda yang masih mengekalkan budaya menghormati ibu-bapa.
Perjalanan balik, aku mengikuti sektor Tenerife - London - Kuala Lumpur. Kali ini aku bersedia untuk membuat kejutan kepada sepupuku, Majid yang telah lama menetap di London. Nasib menyebelahiku kerana sebaik menelefonnya, Majid memandu arahkan aku untuk ke rumahnya dengan menaiki train. Tanpa kusangka pada hari tersebut yang merupakan Gay Pride Day, perjalananku menaiki train membuka mataku betapa berapa ramainya pasangan gay yang sesungguhnya berpesta dan merayakan hari pengiktirafan ke atas mereka. Ramai pasangan yang berpakaian sedondon menaiki train pada malam tersebut. Setibanya aku di stesen, tetiba aku teringat movie "The American Werewolf in London" cepat-cepat aku memanjangkan langkah bertemu Majid yang menunggu kedatanganku di stesen.
Buat pengetahuan semua, naluri keibuanku telah sekali lagi menyebabkan aku membuat keputusan memendekkan lawatan singkatku di London. Aku menukar flight yang paling awal keesokan harinya kerana terlalu merindui anak-anakku ketika itu, Aiman dan Anis.
Apapun lawatan singkatku beberapa jam di London pada malam tersebut, aku telah dibawa melintasi Trafalgar Square, Downing Street, Big Ben, mercutanda kotaraya London lainnya, selain menziarahi rumah Majid yang cukup menarik, kemas dan tersusun rapi.
Jauh berjalan luas pandangan, begitulah aku........
No comments:
Post a Comment